Bahan-bahan:
(anggaran untuk 10 -15 orang makan)
450 gm tepung gandum
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air (sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air)
2 sudu besar mentega cair / minyak masak
(minyak untuk melenser kuali - jika perlu)
Cara-caranya:
1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan mentega cair / minyak ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air kacau hingga adunan tidak bergentel kemudian tapiskan.
2. Panaskan kuali leper atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak.
3. Isikan adunan ke dalam acuan dan bermula dari bulatan luar ke dalam dan pusingkan acuan kira-kira 6 - 8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala.
4. Angkat dan lipat roti atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.

