Tuesday, December 7, 2021

Nasi Dagang


Bahan-bahannya:
4 cawan beras wangi 
1 cawan beras pulut 
(campurkan kedua2 beras, cuci bersih dan rendam 8 jam)

2 cawan santan pekat 
2 cawan santan cair - panaskan sekejap 
1 1/2 sudu makan halba
2 inci halia hiris dan racik halus
3 biji bawang merah kecil - dihiris
3 - 4 sudu teh garam 
2 sudu makan gula
sedikit minyak jika menggunakan santan kotak

Cara memasak nasi:
1. Toskan beras yang telah di rendam. Kemudian kukus selama 20 minit.

2. Selepas 20 minit angkat dan alihkan dalam bekas/mangkuk besar dan gaulkan dengan santan cair. Masukkan halba dan gaul rata-rata hingga nasi dan santan sebati.

3. Masukkan semula nasi ke dalam pengukus dan kukus lagi selama 20 minit.

4. Sementara itu dalam santan pekat masukkan garam dan gula serta minyak masak. Kacau sehingga gula dan garam larut.

5. Selepas 20 minit angkat nasi dan alihkan dalam bekas besar. Tuang dan gaulkan dengan santan pekat, taburkan juga hirisan halia dan bawang dan gaul sehingga rata dan sebati semuanya serta nasi kelihatan berkilat. 

Tekan dan padatkan nasi dalam mangkuk dan tutup... Siap!


Bahan untuk lauk:
1 kg ikan tongkol 
Bersihkan ikan dan rebus lebih kurang 15 minit bersama ikan bersama asam keping, lengkuas, garam dan 3 ulas bawang putih. Masukkan air separas.

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
4 ulas putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit segar/hidup
sedikit air

3 tbsp rempah gulai nasi dagang (cap ros) bancuh dengan sedikit air
1 kg santan/ perahan dari 1 biji kelapa
1/2 sb halba 
2-3 senduk cili kisar 
Air rebusan ikan 
2 sb gula nise/gula melaka 
1-2 keping asam gelugor 
Garam secukup rasa 
2 sb kerisik
8-10 tangkai cili padi 
minyak untuk menumis


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan halba hingga garing. 

2. Kemudian masukkan cili kisar dan sedikit air rebusan ikan. Goreng hingga air kering.

3. Masukkan bancuhan rempah. Tumis hingga elok masak rempahnya dan pecah minyak.

4. Masukkan gula nise tumis sampai garing baru masukkan santan dan asam keping. Apabila kuah mendidih baru masukkan selebihnya air rebusan ikan, garam dan kerisik. Biarkan mendidih hingga minyak terbit di permukaan gulai.

5. Apabila kuah elok masaknya masukkan cilipadi. Siap!

Bahan untuk acar timun:
1 biji timun
1 batang lobak merah
1 tangkai cili merah
2 ulas bawang merah/bawang kecil
1 biji perahan lemon
1 sudu makan gula
sedikit garam halus


Cara-caranya:

1. Bersihkan timun. Potong kepada tiga bahagian. Belah dua dan buang biji kemudian hiris memanjang.

2. Lobak di bersihkan, buang kulit dan di potong tiga bahagian serta hiris halus memanjang.

3. Bawang dan cili di hiris nipis.

4. Satukan semua bahan dan gaul rata. Siap!

Wednesday, September 22, 2021

Nasi Briyani


Bahan  untuk perapan:

1 1/2 kg (satu setengah kg) daging - potong ikut suka (atau 1 ekor ayam - potong 8) 

4 sudu besar rempah briyani
4 sudu besar plain yoghurt
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil lada hitam
4 ulas bawang putih - dikisar halus
2 inci halia - dikisar halus

- satukan semua bahan dan perap lebih kurang setengah jam

Bahan untuk digoreng:
2 cawan minyak masak
1 cawan gajus - goreng sampai perang
8-10 biji bawang kecil - goreng hingga keperangan
1 biji kentang - belah 4 dan potong kecil anggaran 2 in -goreng hingga sedikit keperangan

- Semua bahan di goreng berasingan dan simpan minyak gorengan untuk menumis ayam.

Bahan untuk masakan daging/ayam:
1 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang holland
2 biji tomato - dikisar halus dengan /tanpa air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 helai daun salam
4 tangkai cili hijau
segenggam kismis/prune kering
1 ikat daun ketumbar - di hiris
1 ikat daun pudina - di hiris
garam
gula

Cara-caranya:
1. Gunakan kuali/periuk yang sama ketika menggoreng bahan gorengan. Keluarkan separuh lebihan minyak dan tambah dengan 1 sudu besar minyak sapi. Minyak yang di keluarkan simpan untuk di gaulkan dengan nasi.

2. Tumis hirisan bawang... masukkan juga kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan daun salam.

3. Apabila bawang layu dan naik bau, masukkan daging atau ayam yang telah di perap. Masukkan sedikit bawang goreng. Kacau rata.

4. Masukkan tomato kisar. Kacau rata dan masak hingga kuah pekat.

5. Masukkan kentang yang telah digoreng, cili, kismis, garam secukup rasa, hirisan daun pudina dan ketumbar. Tambahkan juga sesudu lagi yogurt. Masak sehingga pecah minyak. Sebelum angkat, tambahkan sedikit gula untuk memberi rasa yang seimbang masam dan manis kuah. 

Bahan-bahan untuk nasi:
4 cawan beras basmathi, rendam 10 minit
2 liter air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 kuntum cengkih
1 helai daun salam
1/2 sudu kecil lada hitam
garam (cukup sehingga air rasa masin)
sedikit minyak
1 cawan susu cair

Cara memasak nasi:
1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan beras dan biarkan mendidih.

2. Angkat dan toskan nasi. Jika ada lebihan minyak gorengan bawang gaulkan sedikit kedalam nasi.

3. Bahagikan nasi yang telah direbus kepada tiga bahagian. Dalam periuk lain, ratakan nasi untuk lapis pertama. Kemudian susun lauk yang telah di masak tadi di atasnya. Dan tutup dengan lapisan nasi yang kedua. Susun lebihan lauk diatas lapisan nasi yang kedua. Akhir sekali tutup dengan lapisan nasi yang ketiga diatasnya dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar serta beberapa titis pewarna kuning.

4. Masak nasi lebih kurang 20 hingga ke 25 minit. Apabila masak taburkan gajus goreng serta lebihan bawang goreng di atasnya.

Monday, September 13, 2021

Pasta Creamy Chicken


Bahan-bahannya:
2 keping dada ayam - Taburkan dengan sedikit garam dan lada hitam pada keseluruhan kepingan dada ayam.
1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan butter
2 ulas bawang putih - di ketuk dgn kulit2nya

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak dan butter dalam kuali. Masukkan bawang putih. Goreng sekejap.

2. Masukkan kepingan ayam. Goreng dan balik-balikkan sehingga bertukar warna kuning keperangan. Angkat. Keluarkan bawang putih yang ditumis bersama ayam dan simpan lebihan minyak dan guna kuali yang sama untuk membuat sos.


Bahan untuk sos:
4 ulas bawang putih - di cincang
1/2 (setengah) biji bawang besar - di cincang
1/2 (setengah) cawan chicken stock (atau setengah cawan air dan setengah kiub ayam)
1 sudu teh parsley kering
1 sudu teh oregano kering
1/2 (setengah) biji perahan jus limau nipis/lemon
1 cawan krim masakan (cooking cream)
sedikit parutan buah pala (optional)

Cara-caranya:
1. Dalam kuali yang sama ketika menggoreng dada ayam tambahkan satu sudu butter dan masukkan cincangan bawang besar. Goreng hingga layu dan baru masukkan cincangan bawang putih. Goreng anggaran 10 - 15 minit.

2. Masukkan chicken stock (atau setengah cawan air dan setengah kiub ayam). Masukkan perahan jus limau, parsley dan oregano. Biarkan mendidih.

3. Masukkan krim masakan dan parutan buah pala. Biarkan mendidih sekejap baru masukkan ayam. Siap.

4. Rebus pasta hingga lembut. Letakkan dalam pinggan dan curahkan creamy chicken di atasnya.

Sunday, September 12, 2021

Fish n Chips


Bahan-bahannya:
Jejari kentang (kentang frozen) secukupnya
6 keping isi ikan putih tanpa tulang - keringkan/lap dengan tisu dapur dan gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Kemudian golekkan isi ikan dalam tepung jagung. Ketepikan.


Bahan salutan:
100 gm tepung beras
100 gm tepung jagung
50 gm tepung gandum
1 sudu teh garam
1 biji telur (di pukul sedikit)
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
1 tin air soda
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Gaulkan bersama tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, garam dan serbuk penaik. Masukkan telur dan gaul agar campurannya rata.

2. Tuangkan air soda sedikit demi sedikit dan gaul sehingga mendapat bancuhan yang di ingini. Tapi jangan terlalu cair (Bancuhan tepung selalunya agak pekat.)

3. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak banyak untuk gorengan terendam dan minyak betul-betul panas semasa menggoreng ikan.

4. Celupkan kepingan ikan yang telah salut dengan tepung jagung dalam bancuhan bahan salutan. Dan goreng sehingga warna kuning keemasan. Angkat dan toskan. 

Dalam waktu yang sama juga goreng jejari kentang sehingga kekuningan... angkat dan tabur dengan sedikit garam.

Bahan untuk tartar sos:
1 cawan mayonis
1 biji jeruk timun (pickle) - di cincang
1/2 biji bawang merah besar - di cincang 
3 ulas bawang putih - di cincang
1/2 biji perahan jus lemon (suka rasa masam boleh letak sebiji perahan jus)
sedikit serbuk lada hitam atau cincangan daun pasley
1 sudu teh gula perang /brown sugar

- satukan kesemua bahan dan gaul rata. Siap!

Monday, August 30, 2021

Chicken Chop


Bahan-bahannya:
6 keping daging ayam (yang telah di buang tulang)
2 biji telur (dipukul sedikit)
1 cawan tepung jagung
1 cawan oat (boleh digantikan dengan serbuk roti atau nestum)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
garam
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Lumurkan ayam dengan sedikit garam dan bawang putih. Kemudian perap sekurang-kurangnya 15 minit.

2. Dalam mangkuk satukan tepung jagung dan oat. Gaul rata.

3. Celupkan daging ayam ke dalam telur kemudian balik-balikkan atas campuran tepung dan oat.

4. Kemudian goreng ayam sehingga masak. Letakkan dalam pinggan dan tuang sos di atasnya dan hidangkan bersama hidangan sampingan lain seperti coleslaw, kentang goreng, kentang putar atau sayur-sayur rebus.



Bahan untuk sos:
2 sudu makan butter
1 1/2 sudu makan tepung gandum
1 biji bawang holland (dicincang)
1 ketul kiub ayam
2 cawan air
1 sudu makan kicap manis
1 biji tomato (buang biji dan potong dadu)
1 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu makan gula

Caranya:
1. Cairkan butter dalam periuk. Masukkan tepung dan goreng sehingga berubah warna keperangan. Kemudian masukkan bawang. Tumis hingga layu dan naik bau.

2. Masukkan kiub ayam dan air. Biarkan mendidih sambil di kacau sekali sekali.

3. Masukkan kicap, tomato, lada hitam dan gula. Didihkan sebentar dan tutup api. Masukkan kuah sos ini kedalam blender dan blend. Tujuannya supaya texture sos menjadi halus.

3. Kemudian masukkan kembali ke dalam periuk dan didihkan sebentar atau sehingga mendapat kepekatan yang diingini.

Sunday, August 8, 2021

Sup Cendawan Berkrim



Bahan-bahannya:
500 ml air
500 ml susu kotak penuh krim
1 tin cendawan (di cincang)
1 kiub ayam
1/2 (setengah) cawan tepung gandum
1/2 (setengah) cawan air sejuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil parsley flakes
1 sudu besar butter
1/2 garam halus

Cara menyediakannya:
1. Campurkan ke semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api sederhana. Kacau selalu agar kepekatan sup sekata dan tidak hangit/bergentel. 

Biarkan mengelegak sebentar dan tutup api.

Monday, August 2, 2021

Sizzling Mee


Bahan-bahan untuk tumis/kuah:
1/4 bahagian isi ayam yang di potong kecil-kecil
10 biji cendawan shitake kering (direndam dan belah empat)
6 tangkai cili kering - dipotong-potong (kalau nak pedas boleh tambah)
5 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - di hiris nipis
1 ketul kiub ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 senduk kicap pekat
1 senduk kicap tiram
1 sudu besar minyak bijan
3 sudu besar tepung jagung (larutkan dalam air)
1 liter/1 jug air
Garam dan gula

Bahan lain:
Yee mee/mee telur
Telur
Sawi pak choy

Cara menyediakannya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan potongan cili kering dan daging ayam. Goreng sebentar untuk mengecutkan daging ayam.

2. Masukkan kicap, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan kiub ayam. Kacau rata biar sebati.

3. Masukkan cendawan dan air. Perasakan dengan garam dan gula. Apabila sudah menggelegak masukkan larutan tepung jagung. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Tutup api.

4. Apabila mahu menghidang letakkan mee dan sayur sawi pak choy di atasnya. Curahkan kuah. Hidupkan api dan pecahkan telur di atasnya. Biarkan sebentar supaya telur jadi separuh masak dan tutup api. Siap untuk di hidangkan.


Tuesday, July 27, 2021

Sambal Kicap


Bahan-bahannya:
1 genggam cili padi
1 ulas bawang putih
3 biji limau kasturi
1 cawan kicap manis
2 sudu gula pasir

Cara-caranya:

1. Satukan cili padi, bawang putih, kicap, gula dan perahan jus limau nipis... dan blend semua hingga sebati.

2. Hiris nipis kulit limau dan masukkan ke dalam sambal. Siap untuk di hidangkan. 

Sunday, July 25, 2021

Nasi Minyak


Bahan-bahannya:
3 cawan beras basmathi (cuci bersih dan toskan)
1/2 cawan minyak sapi/marjerin
3 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan (disimpul)
1 keping kiub ayam
garam, segenggam kismis dan pewarna kuning

Bahan penumis:
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
6 biji bawang merah (di hiris)
3 ulas bawang putih (di hiris)
1 inci halia (di hiris)

Cara penyediaan:
1. Dalam periuk panaskan minyak sapi/marjerin. Masukkan bahan penumis, kismis serta daun pandan dan tumis hingga naik bau.

2. Masukkan beras, garam, air, susu dan kiub ayam. Biarkan mendidih.

3. Apabila air kering, titiskan beberapa tompok pewarna kuning. Tutup periuk dan biarkan nasi masak.

4. Setelah nasi masak, baru kacau/gaul nasi agar warna kuning merata ke beberapa bahagian nasi.

Friday, July 23, 2021

Mee Bandung Simple


Bahan-bahannya:
2 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
150 gm udang kering
2 sudu besar sos cili
segenggam kacang tanah (digoreng dan di tumbuk)
2 sudu makan tepung gandum (dibancuh dengan air, cair saja jangan pekat)
satu senduk sos cili
300 gm daging (hiris nipis)
sotong dan udang (agak-agak saja banyak mana)
sawi, karot, bawang goreng dan telur
1200 liter air (lebih kurang satu jug)
Mee kuning

Cara-caranya:
1. Blend bersama bawang besar, bawang putih cili kering dan udang kering. Kemudian tumis hingga naik bau dan pecah minyak.

2. Masukkan daging dan kacang tanah. Goreng sebentar sehingga daging mengecut dan masukkan air. Biarkan mendidih.

3. Masukkan bancuhan tepung, sos cili, sotong dan udang juga sayur-sayuran. Perasakan garam dan gulanya. Apabila mahu menghidang barulah letak telur separuh masak yang telah di pecahkan ke dalam kuah.

Thursday, July 8, 2021

Inti Kelapa


Bahan-bahannya:

1 kg kelapa parut putih / kelapa muda
450 gm gula merah
250 gm gula pasir
100 gm tepung gandum
400 ml air
1 sudu teh garam
3 helai daun pandan (disimpul)

Cara memasak:

1. Dalam kuali/periuk satukan semua bahan kecuali tepung. Masak hingga mendidih.

2. Masukkan kelapa parut. Kacau dan gaul rata.

3. Setelah inti kelihatan agak kering masukkan tepung gandum. Dan gaul sekata. Apabila sudah dapat kelembapan yang diingini angkat dan sejukkan. 

Simpan dalam bekas yang bertutup rapat dan letakkan dalam tempat dingin beku. Inti kelapa akan tahan hingga tempoh agak lama.

Coleslaw


Bahan-bahannya:
1/4 kobis hijau/unggu (dihiris halus)
1 batang lobak merah (bersihkan dan sagat)
1/2 cawan susu segar
5 sudu besar mayonis
1 sudu makan gula


Cara penyediaannya:

1. Bersihkan kobis yang telah di hiris dan toskan airnya kering-kering. Kemudian satukan dengan lobak dalam satu bekas dan gaul rata.

2. Masukkan susu, mayonis dan gula. Gaul rata dan sebati. Simpan dalam bekas yang bertutup rapat dan sejukkan dalam petiais. Bolehlah di makan bila-bila masa dan sedap bersama chicken chop, lamb chop atau meatball.

Thursday, July 1, 2021

Kuih Lapis Sagu


Bahan-bahan:
(Loyang 8" bulat)

2 cawan sagu biji
1 cawan gula pasir
1 sudu teh garam halus
1 cawan kelapa parut putih
3/4 cawan santan pekat
2 helai daun pandan di simpul
pewarna hijau, merah dan kuning


Cara-caranya:
1. Bersihkan sagu di bawah air lalu. Kemudian rendam selama 1/2 (setengah) jam. Selepas setengah jam angkat dan toskan.

2. Kemudian gaulkan dengan dengan semua bahan dan bahagikan kepada tiga bahagian.

3. Warnakan setiap bahagian dengan warna hijau, merah dan kuning.

4. Panaskan pengukus. Sapu dasar dan keliling loyang dengan minyak.

5. Kukus lapisan pertama selama 17 minit, diikuti lapisan kedua 17 minit dan seterusnya lapisan ketiga. Letak daun pandan yang di simpul atasnya dan kukus selama 17 minit/sehingga masak.

6. Potong kuih apabila telah sejuk dan golekkan atas kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.


Thursday, March 25, 2021

Bruschetta


Bahan-bahannya:
1 batang roti perancis
7/8 biji tomato
6 helai daun basil (di hiris kasar)
2 biji bawang putih (di cincang)
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu kecil cuka belsamic
1 sudu kecil garam
1/2 sudu serbuk lada hitam kasar
shredded cheese (keju cincang / keju pasta)

Cara-caranya:
1. Roti di hiris menyerong. Sapukan sedikit minyak zaiton dan bakar dalam oven hingga sedikit keperangan. Kemudian gosokkan dengan bawang putih pada salah satu permukaan roti. 

2. Panaskan air dalam periuk. Apabila menggelegak masukkan tomato yang telah di hiris sedikit kulitnya. Apabila kulit tomato kelihatan mengelupas, keluarkan dan buang kulitnya... belah buangkan bijinya dan potong dadu.

2. Gaulkan potongan tomato dengan semua bahan lain. Kemudian letakkan atas kepingan roti yang telah di bakar. Taburkan cheese atasnya dan bakar sekejap dalam oven. Siap untuk di nikmati.

Tuesday, February 2, 2021

Kuih Nona Manis



Untuk membuat kuih nona manis ini lebih mudah bahan dan cara mengadunnya di bahagi kepada tiga langkah. Sukatan ini boleh dapat lebih kurang 19 biji kuih

Bahan pertama/step 1:
1 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan

Satukan kesemua bahan di atas dan kacau gaul hingga semuanya bercampur rata dan sebati. Ketepikan.

Bahan kedua/step 2:
1/2 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua dan masak atas api perlahan sambil di kacau. Apabila sudah mula nampak pekat angkat dan masukkan bahan pertama tadi dan gaul agar semua sebati.

Kemudian tapis untuk dapatkan adunan yang halus dan tiada ketulan-ketulan tepung.

Bahan ketiga/step3:
2 cawan santan
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam halus

Satukan semua bahan dan masak atas api perlahan. Kacau sehingga adunan kelihatan sedikit pekat.

Angkat dan biarkan suam baru masukkan dalam piping beg supaya senang untuk picitkan atas adunan hijau.

Cara mengukus kuih:
1. Panaskan air dalam pengukus. Sementara itu sapu acuan kuih dengan sedikit minyak.

2.Tuangkan adunan hijau dalam acuan agak-agak 3/4 acuan. Kemudian baru tuang/picitkan adunan putih di tengah-tengah atas adunan hijau.

3. Kukus selama 15 minit. Apabila masak sejukkan dahulu kuih baru keluarkan dari acuan.