1/4 bahagian isi ayam yang di potong kecil-kecil
10 biji cendawan shitake kering (direndam dan belah empat)
6 tangkai cili kering - dipotong-potong (kalau nak pedas boleh tambah)
5 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - di hiris nipis
1 ketul kiub ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 senduk kicap pekat
1 senduk kicap tiram
1 sudu besar minyak bijan
3 sudu besar tepung jagung (larutkan dalam air)
1 liter/1 jug air
Garam dan gula
Bahan lain:
Yee mee/mee telur
Telur
Sawi pak choy
Cara menyediakannya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan potongan cili kering dan daging ayam. Goreng sebentar untuk mengecutkan daging ayam.
2. Masukkan kicap, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan kiub ayam. Kacau rata biar sebati.
3. Masukkan cendawan dan air. Perasakan dengan garam dan gula. Apabila sudah menggelegak masukkan larutan tepung jagung. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Tutup api.
4. Apabila mahu menghidang letakkan mee dan sayur sawi pak choy di atasnya. Curahkan kuah. Hidupkan api dan pecahkan telur di atasnya. Biarkan sebentar supaya telur jadi separuh masak dan tutup api. Siap untuk di hidangkan.

No comments:
Post a Comment