Monday, November 19, 2012

Kek Baldu Merah



Bahan-bahannya:
5 biji telur gred B
250 gram mentega tanpa garam
3 cawan tepung naik sendiri
3 sudu makan serbuk koko
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna merah
1 cawan buttermilk
1 sudu teh garam
1 sudu makan soda bikarbonat
1 sudu makan cuka makan

Cara mengadun:

1. Panaskan ketuhar 160C.

2. Ayak tepung dan koko.

3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk hingga sebati.

4. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil adunan di pukul perlahan-lahan.

5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan.

6. Larutkan soda biarbonat dan cuka kemudian tuangkan ke dalam adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.

7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota: Lebih mudah jika gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 9". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.

Filling:
500 gram blueberry filling

Krim:
500 gram krim keju (cream cheese)
1 cawan krim putar
(Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).

Tuesday, November 13, 2012

Kek Mentega


Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
6 biji telur
250 gm marjerin
250 gm gula halus
1 sudu teh esen vanila

Cara mengadun:

1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila.

3. Masukkan tepung. Gunakan kaedah kaup balik  untuk menggaul adunan sehingga rata. Tuangkan dalam loyang 9" yang telah di oles dengan marjerin dan dialas dengan baking paper.

4. Bakar dalam oven selama 45 minit dengan suhu 160C. (Masa membakar dan suhu bergantung pada oven yang digunakan.)

Thursday, October 18, 2012

Roti Jala


Bahan-bahan:
(anggaran untuk 10 -15 orang makan)

450 gm tepung gandum
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air (sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air)
2 sudu besar mentega cair / minyak masak
(minyak untuk melenser kuali - jika perlu)

Cara-caranya:

1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan mentega cair / minyak ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air kacau hingga adunan tidak bergentel kemudian tapiskan.

2. Panaskan kuali leper atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak.

3. Isikan adunan ke dalam acuan dan bermula dari bulatan luar ke dalam dan pusingkan acuan kira-kira 6 - 8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala.

4. Angkat dan lipat roti atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.

Friday, March 2, 2012

Mee Rebus Jawa




Bahan:
Mee kuning
4 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
10 biji bebola ikan (direbus sekejap dan di belah 2)
Sayur sawi (dipotong-potong dan dicelur)
Tauge (dibasuh dan celur sekejap)
4 biji telur rebus (dibelah 4 atau 2)

Bahan hiasan:
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
4 biji cili merah (dihiris)
Bawang goreng
Limau kasturi atau limau nipis

Bahan kuah:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1.5 inci halia
2 sudu makan udang kering (basuh dan rendam dalam air)
4 sudu makan serbuk kari daging
4 batang serai (dititik)
1 kg ubi keledek (direbus dan dikisar halus)
500 gm daging lembu (tetel/daging cincang)
1 - 2 ketul kiub pati daging
3 keping asam gelugor
Air secukupnya (lebih kurang 2500 ml)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak kuah:

1. Kisar udang kering bersama bawang merah, bawang putih dan juga halia.

2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar dan juga serai hingga garing dan naik baunya. Masukkan serbuk kari dan kacau gaul selama 1/2 minit.

3. Masukkan daging. Goreng/gaul sekejap.

4. Masukkan air dan keledek yang telah dikisar. Masukkan juga asam gelugor. Biar hingga menggelegak.

5. Masukkan kiub daging, garam dan gula secukup rasa... masak kuah hingga sedikit likat.

6. Hidangkan mee kuning bersama bahan-bahan pelengkap. Curahkan kuah ke atasnya apabila menghidang dan taburkan bahan-bahan hiasan. Perahkan asam limau.

Thursday, March 1, 2012

Bubur Mutiara Keledek


Bahan-bahan:
3 cawan keledek rebus yang ditumbuk halus
1 1/2 cawan tepung ubi
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)
1/2 periuk air

Cara menyediakannya:

1. Panaskan air dalam periuk bersama daun pandan.

2. Gaulkan keledek bersama tepung ubi dan garam. Gentel bulat-bulat kecil sehingga semua adunan tepung habis.

3. Rebus ke dalam periuk air panas dan masak sehingga timbul. Tapis keluar dan toskan.

Bahan air gula:
2 keping gula melaka (kalau kurang manis tambah gula pasir)
3 cawan santan pekat
1 cawan air
2 helai daun pandan

Cara menyediakan:

1. Masak gula melaka, air dan daun pandan sehingga gula larut. Tapis.

2. Satukan air gula dan santan... didihkan sekejap.

3. Masukkan bebola keledek yang telah direbus. Siap.

Kek Kukus Asam Haw Flakes



Bahan-bahan:
250 gm butter
1 ½ cawan gula halus
7 biji telur
1 sudu esen vanilla
400 gm biskut cream crakers
½ cawan susu cair
½ cawan susu segar
4 bungkus kecil asam manis haw flakes
perwarna merah, hijau dan kuning

Cara mengadun:

1. Panaskan periuk pengukus.

2. Mesin biskut menjadi serbuk.

3. Pukul butter dan gula hingga kembang.

4. Masukan telur sebiji demi sebiji sampai habis.

5. Masukkan esen vanilla, susu cair dan susu segar. Pukul hingga sebati

6. Masukkan serbuk biskut sedikit demi sedikit dan gaul rata.

7. Bahagikan kepada tiga bahagian. Warnakan ikut suka.

8. Ambil 4 sudu adunan warna kuning dan ratakan dalam loyang. Kukus 10 minit.

9. Lepas 10 minit keluarkan dari kukus. Susun asam haw flakes di atasnya. Kemudian ambil lagi 4 sudu perwarna lain dan ratakan atas asam haw flakes. Kukus lagi 10 minit.

10. Ulangi proses melapis hingga habis adunan. Akhir sekali kukus selama 20 minit.

Wednesday, February 29, 2012

Kek Coklat Kukus


Bahan A - kacau rata
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang

Bahan B- ayak
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Bahan C - kacau rata
1 biji telur ayam
1 s/k esen vanilla


Cara mengadun:

1. Panaskan kukusan

2. Kacau semua bahan A supaya sama rata.

3. Masukkan bahan B dan kacau lagi.

4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.

5. Lapikkan loyang (9 x 3") dan masukkan adunan. Tutup dengan alumunium foil.

6. Kukuskan selama 1 jam setengah. (1 1/2 jam).

7. Hiaskan dengan topping coklat.


TOPPING COKLAT
250 gm cooking coklat
1 s/b butter

Cara mengadun:

1. Coklat dicincangkan kecil. Masukkan coklat dan butter dalam periuk.

2. Panaskan coklat dan kacau sampai coklat cair. Tutup api.

3. Kacau-kacaukan agar pekat. Bila nampak coklat agak pekat boleh sapukan atas kek.

Friday, February 24, 2012

Puding Roti Sos Kastard



Bahan
A:
600 ml susu segar/fresh milk
16 keping roti sandwich

Bahan B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C:
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad:
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastad
2 sudu makan gula

Cara-caranya:
1. Potong/koyakkan roti...rendam dalam susu selama 1/2 jam

2. Kacau dan gaul rata bahan B. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam bekas rendaman roti. Kacau dan gaul sedikit.

3. Tuangkan kedalam loyang pembakar.

4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.

5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yang sederhana sebentar.

6. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

Thursday, February 23, 2012

Bun Kentang




Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
11 gm yis kering (mauripan)
1/2 cawan gula halus - larutkan dalam setengah cawan air
1 sudu kecil shortening
2 biji kentang - direbus dan dilecek
1 biji telur (pukul sedikit, guna setengah saja bakinya untuk disapukan atas roti)
3 sudu besar marjerin
(air untuk menguli - jika perlu)

Cara mengadun:
1. Satukan tepung, baking powder, bread improver dan yis dalam mangkuk. Gaul rata. Kemudian masukkan kentang, gaul lagi.

2. Masukkan air gula dan 1/2 telur yang telah dipukul. Uli hingga mendapat doh yang lembut.

3. Masukkan shortening dan marjerin. Uli lagi sehingga lembut dan licin.

4. Rehatkan adunan dan tutup. Biarkan sehingga ia naik sekali ganda selama 30 minit.

5. Selepas 30 minit, ambil sedikit dan bulat-bulatkan. Susun dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit marjerin. Biarkan sehingga ia naik lagi sekali ganda (lebih kurang 20 minit).

6. Sapukan atas roti dengan kuning telur. Bakar pada suhu 180 c selama 20 minit.Setelah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan butter di atasnya.