Monday, August 30, 2021

Chicken Chop


Bahan-bahannya:
6 keping daging ayam (yang telah di buang tulang)
2 biji telur (dipukul sedikit)
1 cawan tepung jagung
1 cawan oat (boleh digantikan dengan serbuk roti atau nestum)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
garam
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Lumurkan ayam dengan sedikit garam dan bawang putih. Kemudian perap sekurang-kurangnya 15 minit.

2. Dalam mangkuk satukan tepung jagung dan oat. Gaul rata.

3. Celupkan daging ayam ke dalam telur kemudian balik-balikkan atas campuran tepung dan oat.

4. Kemudian goreng ayam sehingga masak. Letakkan dalam pinggan dan tuang sos di atasnya dan hidangkan bersama hidangan sampingan lain seperti coleslaw, kentang goreng, kentang putar atau sayur-sayur rebus.



Bahan untuk sos:
2 sudu makan butter
1 1/2 sudu makan tepung gandum
1 biji bawang holland (dicincang)
1 ketul kiub ayam
2 cawan air
1 sudu makan kicap manis
1 biji tomato (buang biji dan potong dadu)
1 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu makan gula

Caranya:
1. Cairkan butter dalam periuk. Masukkan tepung dan goreng sehingga berubah warna keperangan. Kemudian masukkan bawang. Tumis hingga layu dan naik bau.

2. Masukkan kiub ayam dan air. Biarkan mendidih sambil di kacau sekali sekali.

3. Masukkan kicap, tomato, lada hitam dan gula. Didihkan sebentar dan tutup api. Masukkan kuah sos ini kedalam blender dan blend. Tujuannya supaya texture sos menjadi halus.

3. Kemudian masukkan kembali ke dalam periuk dan didihkan sebentar atau sehingga mendapat kepekatan yang diingini.

Sunday, August 8, 2021

Sup Cendawan Berkrim



Bahan-bahannya:
500 ml air
500 ml susu kotak penuh krim
1 tin cendawan (di cincang)
1 kiub ayam
1/2 (setengah) cawan tepung gandum
1/2 (setengah) cawan air sejuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil parsley flakes
1 sudu besar butter
1/2 garam halus

Cara menyediakannya:
1. Campurkan ke semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api sederhana. Kacau selalu agar kepekatan sup sekata dan tidak hangit/bergentel. 

Biarkan mengelegak sebentar dan tutup api.

Monday, August 2, 2021

Sizzling Mee


Bahan-bahan untuk tumis/kuah:
1/4 bahagian isi ayam yang di potong kecil-kecil
10 biji cendawan shitake kering (direndam dan belah empat)
6 tangkai cili kering - dipotong-potong (kalau nak pedas boleh tambah)
5 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - di hiris nipis
1 ketul kiub ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 senduk kicap pekat
1 senduk kicap tiram
1 sudu besar minyak bijan
3 sudu besar tepung jagung (larutkan dalam air)
1 liter/1 jug air
Garam dan gula

Bahan lain:
Yee mee/mee telur
Telur
Sawi pak choy

Cara menyediakannya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan potongan cili kering dan daging ayam. Goreng sebentar untuk mengecutkan daging ayam.

2. Masukkan kicap, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan kiub ayam. Kacau rata biar sebati.

3. Masukkan cendawan dan air. Perasakan dengan garam dan gula. Apabila sudah menggelegak masukkan larutan tepung jagung. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Tutup api.

4. Apabila mahu menghidang letakkan mee dan sayur sawi pak choy di atasnya. Curahkan kuah. Hidupkan api dan pecahkan telur di atasnya. Biarkan sebentar supaya telur jadi separuh masak dan tutup api. Siap untuk di hidangkan.