Wednesday, September 22, 2021

Nasi Briyani


Bahan  untuk perapan:

1 1/2 kg (satu setengah kg) daging - potong ikut suka (atau 1 ekor ayam - potong 8) 

4 sudu besar rempah briyani
4 sudu besar plain yoghurt
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil lada hitam
4 ulas bawang putih - dikisar halus
2 inci halia - dikisar halus

- satukan semua bahan dan perap lebih kurang setengah jam

Bahan untuk digoreng:
2 cawan minyak masak
1 cawan gajus - goreng sampai perang
8-10 biji bawang kecil - goreng hingga keperangan
1 biji kentang - belah 4 dan potong kecil anggaran 2 in -goreng hingga sedikit keperangan

- Semua bahan di goreng berasingan dan simpan minyak gorengan untuk menumis ayam.

Bahan untuk masakan daging/ayam:
1 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang holland
2 biji tomato - dikisar halus dengan /tanpa air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 helai daun salam
4 tangkai cili hijau
segenggam kismis/prune kering
1 ikat daun ketumbar - di hiris
1 ikat daun pudina - di hiris
garam
gula

Cara-caranya:
1. Gunakan kuali/periuk yang sama ketika menggoreng bahan gorengan. Keluarkan separuh lebihan minyak dan tambah dengan 1 sudu besar minyak sapi. Minyak yang di keluarkan simpan untuk di gaulkan dengan nasi.

2. Tumis hirisan bawang... masukkan juga kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan daun salam.

3. Apabila bawang layu dan naik bau, masukkan daging atau ayam yang telah di perap. Masukkan sedikit bawang goreng. Kacau rata.

4. Masukkan tomato kisar. Kacau rata dan masak hingga kuah pekat.

5. Masukkan kentang yang telah digoreng, cili, kismis, garam secukup rasa, hirisan daun pudina dan ketumbar. Tambahkan juga sesudu lagi yogurt. Masak sehingga pecah minyak. Sebelum angkat, tambahkan sedikit gula untuk memberi rasa yang seimbang masam dan manis kuah. 

Bahan-bahan untuk nasi:
4 cawan beras basmathi, rendam 10 minit
2 liter air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 kuntum cengkih
1 helai daun salam
1/2 sudu kecil lada hitam
garam (cukup sehingga air rasa masin)
sedikit minyak
1 cawan susu cair

Cara memasak nasi:
1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan beras dan biarkan mendidih.

2. Angkat dan toskan nasi. Jika ada lebihan minyak gorengan bawang gaulkan sedikit kedalam nasi.

3. Bahagikan nasi yang telah direbus kepada tiga bahagian. Dalam periuk lain, ratakan nasi untuk lapis pertama. Kemudian susun lauk yang telah di masak tadi di atasnya. Dan tutup dengan lapisan nasi yang kedua. Susun lebihan lauk diatas lapisan nasi yang kedua. Akhir sekali tutup dengan lapisan nasi yang ketiga diatasnya dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar serta beberapa titis pewarna kuning.

4. Masak nasi lebih kurang 20 hingga ke 25 minit. Apabila masak taburkan gajus goreng serta lebihan bawang goreng di atasnya.

Monday, September 13, 2021

Pasta Creamy Chicken


Bahan-bahannya:
2 keping dada ayam - Taburkan dengan sedikit garam dan lada hitam pada keseluruhan kepingan dada ayam.
1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan butter
2 ulas bawang putih - di ketuk dgn kulit2nya

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak dan butter dalam kuali. Masukkan bawang putih. Goreng sekejap.

2. Masukkan kepingan ayam. Goreng dan balik-balikkan sehingga bertukar warna kuning keperangan. Angkat. Keluarkan bawang putih yang ditumis bersama ayam dan simpan lebihan minyak dan guna kuali yang sama untuk membuat sos.


Bahan untuk sos:
4 ulas bawang putih - di cincang
1/2 (setengah) biji bawang besar - di cincang
1/2 (setengah) cawan chicken stock (atau setengah cawan air dan setengah kiub ayam)
1 sudu teh parsley kering
1 sudu teh oregano kering
1/2 (setengah) biji perahan jus limau nipis/lemon
1 cawan krim masakan (cooking cream)
sedikit parutan buah pala (optional)

Cara-caranya:
1. Dalam kuali yang sama ketika menggoreng dada ayam tambahkan satu sudu butter dan masukkan cincangan bawang besar. Goreng hingga layu dan baru masukkan cincangan bawang putih. Goreng anggaran 10 - 15 minit.

2. Masukkan chicken stock (atau setengah cawan air dan setengah kiub ayam). Masukkan perahan jus limau, parsley dan oregano. Biarkan mendidih.

3. Masukkan krim masakan dan parutan buah pala. Biarkan mendidih sekejap baru masukkan ayam. Siap.

4. Rebus pasta hingga lembut. Letakkan dalam pinggan dan curahkan creamy chicken di atasnya.

Sunday, September 12, 2021

Fish n Chips


Bahan-bahannya:
Jejari kentang (kentang frozen) secukupnya
6 keping isi ikan putih tanpa tulang - keringkan/lap dengan tisu dapur dan gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Kemudian golekkan isi ikan dalam tepung jagung. Ketepikan.


Bahan salutan:
100 gm tepung beras
100 gm tepung jagung
50 gm tepung gandum
1 sudu teh garam
1 biji telur (di pukul sedikit)
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
1 tin air soda
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Gaulkan bersama tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, garam dan serbuk penaik. Masukkan telur dan gaul agar campurannya rata.

2. Tuangkan air soda sedikit demi sedikit dan gaul sehingga mendapat bancuhan yang di ingini. Tapi jangan terlalu cair (Bancuhan tepung selalunya agak pekat.)

3. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak banyak untuk gorengan terendam dan minyak betul-betul panas semasa menggoreng ikan.

4. Celupkan kepingan ikan yang telah salut dengan tepung jagung dalam bancuhan bahan salutan. Dan goreng sehingga warna kuning keemasan. Angkat dan toskan. 

Dalam waktu yang sama juga goreng jejari kentang sehingga kekuningan... angkat dan tabur dengan sedikit garam.

Bahan untuk tartar sos:
1 cawan mayonis
1 biji jeruk timun (pickle) - di cincang
1/2 biji bawang merah besar - di cincang 
3 ulas bawang putih - di cincang
1/2 biji perahan jus lemon (suka rasa masam boleh letak sebiji perahan jus)
sedikit serbuk lada hitam atau cincangan daun pasley
1 sudu teh gula perang /brown sugar

- satukan kesemua bahan dan gaul rata. Siap!