Sunday, September 12, 2021

Fish n Chips


Bahan-bahannya:
Jejari kentang (kentang frozen) secukupnya
6 keping isi ikan putih tanpa tulang - keringkan/lap dengan tisu dapur dan gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Kemudian golekkan isi ikan dalam tepung jagung. Ketepikan.


Bahan salutan:
100 gm tepung beras
100 gm tepung jagung
50 gm tepung gandum
1 sudu teh garam
1 biji telur (di pukul sedikit)
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
1 tin air soda
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Gaulkan bersama tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, garam dan serbuk penaik. Masukkan telur dan gaul agar campurannya rata.

2. Tuangkan air soda sedikit demi sedikit dan gaul sehingga mendapat bancuhan yang di ingini. Tapi jangan terlalu cair (Bancuhan tepung selalunya agak pekat.)

3. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak banyak untuk gorengan terendam dan minyak betul-betul panas semasa menggoreng ikan.

4. Celupkan kepingan ikan yang telah salut dengan tepung jagung dalam bancuhan bahan salutan. Dan goreng sehingga warna kuning keemasan. Angkat dan toskan. 

Dalam waktu yang sama juga goreng jejari kentang sehingga kekuningan... angkat dan tabur dengan sedikit garam.

Bahan untuk tartar sos:
1 cawan mayonis
1 biji jeruk timun (pickle) - di cincang
1/2 biji bawang merah besar - di cincang 
3 ulas bawang putih - di cincang
1/2 biji perahan jus lemon (suka rasa masam boleh letak sebiji perahan jus)
sedikit serbuk lada hitam atau cincangan daun pasley
1 sudu teh gula perang /brown sugar

- satukan kesemua bahan dan gaul rata. Siap!

No comments:

Post a Comment