4 cawan beras wangi
1 cawan beras pulut
(campurkan kedua2 beras, cuci bersih dan rendam 8 jam)
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair - panaskan sekejap
1 1/2 sudu makan halba
2 inci halia - hiris dan racik halus
3 biji bawang merah kecil - dihiris
3 - 4 sudu teh garam
2 sudu makan gula
sedikit minyak jika menggunakan santan kotak
Cara memasak nasi:
1. Toskan beras yang telah di rendam. Kemudian kukus selama 20 minit.
2. Selepas 20 minit angkat dan alihkan dalam bekas/mangkuk besar dan gaulkan dengan santan cair. Masukkan halba dan gaul rata-rata hingga nasi dan santan sebati.
3. Masukkan semula nasi ke dalam pengukus dan kukus lagi selama 20 minit.
4. Sementara itu dalam santan pekat masukkan garam dan gula serta minyak masak. Kacau sehingga gula dan garam larut.
5. Selepas 20 minit angkat nasi dan alihkan dalam bekas besar. Tuang dan gaulkan dengan santan pekat, taburkan juga hirisan halia dan bawang dan gaul sehingga rata dan sebati semuanya serta nasi kelihatan berkilat.
Tekan dan padatkan nasi dalam mangkuk dan tutup... Siap!
Bahan untuk lauk:
1 kg ikan tongkol
Bersihkan ikan dan rebus lebih kurang 15 minit bersama ikan bersama asam keping, lengkuas, garam dan 3 ulas bawang putih. Masukkan air separas.
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
4 ulas putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit segar/hidup
sedikit air
3 tbsp rempah gulai nasi dagang (cap ros) bancuh dengan sedikit air
1 kg santan/ perahan dari 1 biji kelapa
1/2 sb halba
2-3 senduk cili kisar
Air rebusan ikan
2 sb gula nise/gula melaka
1-2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
2 sb kerisik
8-10 tangkai cili padi
minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan halba hingga garing.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan sedikit air rebusan ikan. Goreng hingga air kering.
3. Masukkan bancuhan rempah. Tumis hingga elok masak rempahnya dan pecah minyak.
4. Masukkan gula nise tumis sampai garing baru masukkan santan dan asam keping. Apabila kuah mendidih baru masukkan selebihnya air rebusan ikan, garam dan kerisik. Biarkan mendidih hingga minyak terbit di permukaan gulai.
5. Apabila kuah elok masaknya masukkan cilipadi. Siap!
Bahan untuk acar timun:
1 biji timun
1 batang lobak merah
1 tangkai cili merah
2 ulas bawang merah/bawang kecil
1 biji perahan lemon
1 sudu makan gula
sedikit garam halus
Cara-caranya:
1. Bersihkan timun. Potong kepada tiga bahagian. Belah dua dan buang biji kemudian hiris memanjang.
2. Lobak di bersihkan, buang kulit dan di potong tiga bahagian serta hiris halus memanjang.
3. Bawang dan cili di hiris nipis.
4. Satukan semua bahan dan gaul rata. Siap!


No comments:
Post a Comment